PANDUAN MEMBERI PENUMPUAN
DALAM SEMBAHYANG
1. Menjaga makan dan minum dan memastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang syubahat.
2. Menyedari hakikat diri sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
3. Memperbanyakkan sedekah terutama kepada fakir miskin. 10. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah Yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.
4. Jangan menahan buagan air besar dan air kecil sebaliknya hendaklah diselesaikan dahulu hajat itu.
5. Cuba memahami segala isi bacaan di dalam sembahyang termasuk ayat al-Quran dan segala zikir.
6. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.
7. Sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah membaca surah an-Nas, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, istighfar dan sebarang bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
8. Memakai pakaian yang bersih lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
9. Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam sembahyang.
10. Sentiasa sembahyang diawal waktu (melainkan ada majlis ilmu atau zikir)
11. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk dan sujud.
12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh nmenarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
13. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di persekitaran sembahyang.
14. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukanitu adalah sembahyang yang terakhir sekali dalam hidupnya.
15. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya hendaklah memandang ke tempat sujud.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment