" ilmu tanpa amal ibarat pepohon tidak berbuah"

Tuesday, March 30, 2010

ya allah

PANDUAN MEMBERI PENUMPUAN
DALAM SEMBAHYANG
1. Menjaga makan dan minum dan memastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang syubahat.
2. Menyedari hakikat diri sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
3. Memperbanyakkan sedekah terutama kepada fakir miskin. 10. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah Yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.
4. Jangan menahan buagan air besar dan air kecil sebaliknya hendaklah diselesaikan dahulu hajat itu.
5. Cuba memahami segala isi bacaan di dalam sembahyang termasuk ayat al-Quran dan segala zikir.
6. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.
7. Sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah membaca surah an-Nas, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, istighfar dan sebarang bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
8. Memakai pakaian yang bersih lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
9. Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam sembahyang.
10. Sentiasa sembahyang diawal waktu (melainkan ada majlis ilmu atau zikir)
11. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk dan sujud.
12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh nmenarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
13. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di persekitaran sembahyang.
14. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukanitu adalah sembahyang yang terakhir sekali dalam hidupnya.
15. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya hendaklah memandang ke tempat sujud.

solat..


GANJARAN BAGI MEREKA YANG MENJAGA SEMBAHYANG
Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;
* Masuk syurga tanpa dihisab.
* Dihindarkan dari seksaan kubur.
* Dihindarkan dari kesempitan hidup.
* Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
* Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.
BALASAN UNTUK MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Barang siapa yang meremehkan atau meninggalkan sembahyangnya dengan sengaja, maka Allah akan menghukumnya dengan 15 seksaan iaitu,
Ketika di dunia;
1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.
Ketika mati;
6. Mati dalm kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidakmencukupi.
Ketika dalam kubur;
9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika hari kiamat;
12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.
DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;
Subuh - satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Zuhur - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak - satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.

makanan..


PEMILIHAN makanan perlu diambil perhatian kerana pada zaman ini umat Islam terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan pengusaha bukan Islam. Memandangkan kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan hab halal, peluang ini adalah cara terbaik untuk kita memilih makanan yang benar-benar halal, baik dan berkhasiat.

Ini sejajar seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud: �Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan�

Makanan haram akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci.... See more

Pada masa sama, ada ketikanya kita terlupa mengenai apa yang kita makan. Bagaimanakah penerimaan Allah SWT terhadap ibadat serta doa kita sekiranya kita tidak menjaga pemakanan kita? Kesucian batin amat dititikberatkan oleh Islam kerana ia memudahkan seseorang itu untuk mendapat petunjuk serta membentuk peribadi mulia sebagai seorang Muslim.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud: �Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah�.

Hati bersih juga memudahkan seseorang itu untuk menerima ilmu yang akan membimbing kehidupannya ke arah jalan diredhai Allah SWT. Ramai umat Islam hari ini berpeluang melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi tetapi gagal menjadi Muslim sejati.

Makanan tidak halal yang masuk ke dalam perut seorang Muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan terhadap pembentukan peribadi. Kita berasa sudah cukup melakukan solat lima waktu tanpa berusaha melakukan yang sunat kerana hati berasa amat berat untuk melakukannya. Hati mudah saja terhibur dengan hiburan berbanding menghayati dan membaca al-Quran.

Sejarah menceritakan bagaimana Rasulullah SAW mengeluarkan semula buah kurma yang dimakan kedua-dua cucu Baginda, Hasan dan Husin apabila tidak mengetahui tuan punya buah yang dimakan oleh mereka.

Di sini kita melihat betapa prihatinnya Baginda terhadap apa yang dimakan oleh cucu Baginda bagi memastikan tiada apa-apa yang haram yang masuk ke dalam perut mereka.

Anak kita yang masih kecil tidak mengerti apa-apa mengenai halal dan haram. Ibu bapalah bertanggungjawab memastikan kesucian makanan yang dimakan. Pada peringkat ini, pembentukan peribadi mulia ke dalam jiwa anak amat penting agar mereka terdidik dan membesar sebagai anak yang soleh.

Makanan haram menyukarkan kita mendidik mereka kerana ia akan menggelapkan jiwa dan menyukarkan kita daripada mendapat petunjuk Allah SWT. Penyakit hati mudah hinggap seperti pemarah, panas baran, ego, dengki, bersangka buruk dan berbagai-bagai lagi.

Hasil daripada sifat yang disebutkan tadi, ada sebilangan umat Islam meninggalkan solat, menderhaka kepada ibu bapa, melawan guru, cintakan hiburan yang berlebih-lebihan, berzina, merogol, terbabit dalam lumba haram, pecah rumah dan pelbagai bentuk gejala sosial akibat kekurangan pembangunan rohani yang memerlukan penyelesaian segera.

Justeru, setiap Muslim berkewajipan memastikan makanan yang diambil memenuhi kehendak syarak agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Kesyumulan dan keindahan Islam dapat dipamerkan bukan hanya pada ibadat khusus saja, malah hal lain membabitkan pemakanan berrserta adabnya sekali.

Jika ditinjau dari sudut sejarah Islam, ulama terdahulu amat mementingkan status makanan yang diambil sehingga mereka berjaya membentuk peribadi Muslim sejati iaitu berilmu, beramal dan bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa.

Hati mereka jauh daripada sifat keji seperti cinta dunia, sombong, riak, takbur, hasad dengki, buruk sangka dan lain-lain lagi. Mereka sentiasa cintakan ilmu dan sanggup berkorban harta dan nyawa untuk mencarinya dengan menempuh pelbagai kesukaran.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa dalam satu jasad ada seketul darah apabila ia rosak, akan rosaklah jasad itu tetapi apabila ia baik, maka baiklah jasad itu. Seketul darah dimaksudkan itu adalah hati. Maka, peliharalah hati kita dengan memilih makanan baik lagi halal supaya kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amalan.

wanita..


DARIPADA Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Wahai wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka." Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa wanita lebih ramai menjadi penghuni Neraka?" Rasulullah SAW bersabda: �Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.� Wanita itu bertanya lagi: �Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?� Rasulullah SAW bersabda: �Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada Ramadan kerana haid. Maka inilah dikatakan kekurangan agama.� (Hadis riwayat Muslim)

Wanita daripada asal kejadiannya (fitrahnya) memang sudah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya tertentu.

Lemahnya agama bagi wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang memberi pahala untuk mendekatkan diri pada Allah.... See more

Kecuali sebaliknya iaitu jika mereka membabitkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.

Perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu serta terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir panjang selain bersifat emosional.

Ini sejajar seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud: �Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan�

Makanan haram akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci.

Pada masa sama, ada ketikanya kita terlupa mengenai apa yang kita makan. Bagaimanakah penerimaan Allah SWT terhadap ibadat serta doa kita sekiranya kita tidak menjaga pemakanan kita? Kesucian batin amat dititikberatkan oleh Islam kerana ia memudahkan seseorang itu untuk mendapat petunjuk serta membentuk peribadi mulia sebagai seorang Muslim.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud: �Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah�.

Hati bersih juga memudahkan seseorang itu untuk menerima ilmu yang akan membimbing kehidupannya ke arah jalan diredhai Allah SWT. Ramai umat Islam hari ini berpeluang melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi tetapi gagal menjadi Muslim sejati.

Makanan tidak halal yang masuk ke dalam perut seorang Muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan terhadap pembentukan peribadi. Kita berasa sudah cukup melakukan solat lima waktu tanpa berusaha melakukan yang sunat kerana hati berasa amat berat untuk melakukannya. Hati mudah saja terhibur dengan hiburan berbanding menghayati dan membaca al-Quran.

Sejarah menceritakan bagaimana Rasulullah SAW mengeluarkan semula buah kurma yang dimakan kedua-dua cucu Baginda, Hasan dan Husin apabila tidak mengetahui tuan punya buah yang dimakan oleh mereka.

Di sini kita melihat betapa prihatinnya Baginda terhadap apa yang dimakan oleh cucu Baginda bagi memastikan tiada apa-apa yang haram yang masuk ke dalam perut mereka.

Anak kita yang masih kecil tidak mengerti apa-apa mengenai halal dan haram. Ibu bapalah bertanggungjawab memastikan kesucian makanan yang dimakan. Pada peringkat ini, pembentukan peribadi mulia ke dalam jiwa anak amat penting agar mereka terdidik dan membesar sebagai anak yang soleh.

Makanan haram menyukarkan kita mendidik mereka kerana ia akan menggelapkan jiwa dan menyukarkan kita daripada mendapat petunjuk Allah SWT. Penyakit hati mudah hinggap seperti pemarah, panas baran, ego, dengki, bersangka buruk dan berbagai-bagai lagi.

Hasil daripada sifat yang disebutkan tadi, ada sebilangan umat Islam meninggalkan solat, menderhaka kepada ibu bapa, melawan guru, cintakan hiburan yang berlebih-lebihan, berzina, merogol, terbabit dalam lumba haram, pecah rumah dan pelbagai bentuk gejala sosial akibat kekurangan pembangunan rohani yang memerlukan penyelesaian segera.

Justeru, setiap Muslim berkewajipan memastikan makanan yang diambil memenuhi kehendak syarak agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Kesyumulan dan keindahan Islam dapat dipamerkan bukan hanya pada ibadat khusus saja, malah hal lain membabitkan pemakanan berrserta adabnya sekali.

Jika ditinjau dari sudut sejarah Islam, ulama terdahulu amat mementingkan status makanan yang diambil sehingga mereka berjaya membentuk peribadi Muslim sejati iaitu berilmu, beramal dan bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa.

Hati mereka jauh daripada sifat keji seperti cinta dunia, sombong, riak, takbur, hasad dengki, buruk sangka dan lain-lain lagi. Mereka sentiasa cintakan ilmu dan sanggup berkorban harta dan nyawa untuk mencarinya dengan menempuh pelbagai kesukaran.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa dalam satu jasad ada seketul darah apabila ia rosak, akan rosaklah jasad itu tetapi apabila ia baik, maka baiklah jasad itu. Seketul darah dimaksudkan itu adalah hati. Maka, peliharalah hati kita dengan memilih makanan baik lagi halal supaya kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amalan

allah sntsa bsma kita sng n ssh..


Orang yang berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup adalah mereka yang tidak bersabar terhadap sesuatu yang di takdirkan Allah dalam usaha memperolehi rahmat Allah. Sikap berputus asa dalam menghadapi realiti hidup berpunca dari lemahnya iman dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah, sedangkan di sebalik kegagalan itu ada tersirat sesuatu rahmat dan hikmah yang besar yang akan diberikan Allah.

Dalam Islam orang- orang yang berputus asa dalam menangani kesulitan hidup adalah tergolong orang- orang sesat dan munafik kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah yang boleh mengatasi segala sesuatu.

Firman Allah: "Sahut mereka: Janganlah kamu termasuk orang- orang yang berputus asa." (Al- Hijr: 55) Firman Allah: "Ibrahim berkata: tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat tuhannya, kecuali orang- orang yang sesat. (Al- Hijr: 56)... See more

Firman Allah: "Katakanlah: Hai hamba- hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. (Az- Zumar: 53)

Firman Allah: "Dan apabila kami merasakan suatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu dan apabila mereka di timpa sesuatu musibah (bahaya) di sebabkan kesalahan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba- tiba mereka berputus asa." (Ar- Rum: 36)

hebatnya allah..


Dalam kehidupan seharian, kekuatan iman yang bertapak dalam jiwa sanubari muslim ada pasang surutnya atau naik turunnya. Alam semesta ciptaan Ilahi terhampar pelbagai cabaran dan ujian di sepanjang perjalanan hidup manusia.

Cabaran dan ujian sama ada kenikmatan atau kesusahan semua mempunyai kaitan amat rapat dengan iman yang bertakhta dalam jiwa Muslim.

Jika Muslim itu kuat imannya kepada Allah, maka segala cabaran dan ujian yang dihadapinya adalah satu gilapan terhadap imannya agar bertambah kukuh dan mantap.... See more

Sebaliknya jika dia lemah imannya, maka segala cabaran dan ujian yang diharungi itu hanya mengakibatkan dia makin jauh daripada rahmat Ilahi.

Oleh itu, Rasulullah selalu memperingatkan umatnya melalui sabdanya yang bermaksud: �Perbaharuilah iman kamu sekalian. Sahabat bertanya: Bagaimanakah caranya memperbaharui iman kami? Ujar baginda: Hendaklah kamu memperbanyakkan ucapan La Ilaha illallah.� (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: �Iman seseorang boleh menjadi usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya sehelai pakaian. Maka hendaklah kamu memohon ke hadrat Allah supaya memperbaharui iman kamu yang ada dalam hatimu. �(Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)

Jelas daripada sabda Rasulullah betapa pentingnya tajdid iman dilakukan setiap Muslim agar iman dapat digilap dan diperkukuhkan supaya menjadi lebih utuh dan jitu. Tajdid secara etimologinya merujuk kepada memperbaharui, menilai, membangkitkan dan menghidupkan.

Tajdid dengan makna ini perlu dilakukan untuk menilai kembali kefahaman dan pengamalan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Kefahaman dan pengamalan umat Islam boleh jadi terpesong atau menyimpang daripada landasan Islam sehingga ia menuntut tajdid ke arah kefahaman sebenar.

Dalam kata lain, tajdid dalam kerangka pengertian pertama sering kali difahami oleh kebanyakan umat Islam sebagai islah atau pemurniaan Islam daripada segala jenis khurafat dan bidaah.

Tajdid lebih menjurus ke arah menghidupkan kembali roh ajaran Islam dalam setiap aspek kehidpan umat Islam sejagat.

Saturday, March 27, 2010

hidup ini..

Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan…

Dia milikku tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagiaan antara kami…

Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…

Seringkanlah kami melayari hidup ini…

Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku…

Bawalah dia jauh daripada pandanganku…

Luputkanlah dia dari ingatanku…

Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…

Berikanlah aku kekuatan…

Menolak bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja yang merah…

Agarku sentiasa tenang…

Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku…

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…

Di dunia dan akhirat…

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…

Jangan Engkau biarkan aku sendirian…

Di dunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…

Ke jalan yang Engkau redhai…

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…

Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Ya Allah,

jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar

bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu. Ya

Rabbana, jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati,

jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu.

Ya Allah,

jika aku rindu, jagalah rinduku padanyaagar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah,

jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah,

jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku ber alih darinya .

Ya Allah,

jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga

terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.