" ilmu tanpa amal ibarat pepohon tidak berbuah"

Saturday, April 24, 2010

Bercinta Jangan Tak Ingat!

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?//
entahlah… .. x tau lagi… .

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran… .pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka…

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar…

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal… . tunggu sampai jadi mayat ?/…

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang…

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?… /
Masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana… susu dah jadi keju..

suruh sembahyang… nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti-reti,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji-puji…

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama..

kesudahanya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat…

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer sukaƂ² penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ‘ bercinta cara islam’ itu nak dijana… .

bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat…

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah… .balak cover, belum pecah tembelang…

pegang sana pegang sini,
x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai…

tulah… tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..

kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
“taulah… taulah xpayah susah-susah,
tau lak senyap bila dah bunting… .

la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan-tahan,
baru sekarang menyesal bangat… .

nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang…

perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas..

Thursday, April 22, 2010

sahabatku..

Sahabatku..
Aku rasakan galau-mu.aku fahami resah-mu
Aku maklumi rasa-mu.
Engkau sedang bermimpi…,tapi diri-mu terjaga.
Engkau lagi berangan…,tapi fikiran-mu melatah.
Engkau melukis cita…,tapi tangan-mu tak raba.
Engkau menggapai rindu…,tapi tak raih rasa.
Raga-mu gatal…,ingin digaruk.
Kulit-mu halus….,mahu disentuh.
Tubuh-mu mulus waktu di elus.
Terungkai gemulai…,saatnya di semai.
Jiwa-mu matang.
Harapan melayang.
Jasad-mu dahagakan belaian.
Rasa-mu haus rangsangan.
Jiwa sedang merindu.
Akal-mu mudah di rayu.
Ruh-mu inginkan kenikmatan.
Qalbu-mu haus sentuhan.
Sahabatku.
Di usia-mu ini.
Hendaklah mawas diri.
Engkau harus hati-hati..
Syaitan mudah merasuk..,menggoda hati.
Kau mimpikan saat ini…pelepas dahaga cinta anak manusia.
Yang engkau harapkan menjelma..,nikmat ayunan keringat cinta anak manusia..
Itu sunnatullah..,engkau berhak mencipinya..
Ini biasa…engkau berhak rasakannya.
Itu lumrah…,engkau harus menikmatinya..
Itu hanya keperluan raga…,yang sementara.
Ini hanya kenikmatan rasa…yang fana.
Bila telah kau raih…,sekejab akan hilang..mitulah nikmat dunia.
Sahabatku.
Kalau hanya itu mimpi-mu..,engkau akan tertipu terpedaya.
Kalau hanya itu cita-mu….,engkau akan layu tak bermakna.
Kalau itu hanya rindu-mu…allah swt akan cemburu…
Kalau ia batas cinta-mu…,allahswt akan menjauhi-mu.
Luruskan mimipi-mu…mimipikanlah kekasinya…,itulah mimipi yang nyata.
Luruskan niat-mu…rengkuh la cintanya….,itula cinta yang bermakna.
Bermesraan lah engkau dengannya..dalam amalanmu.
Berkeluh kesah la engkau padanya..di sunyi tahajjudmu.
Bercumbuhlah engkau bersamanya….,di sahdu doa rindumu.
Bermanjalah engkau dikedekatannya…,di rintihan munajad cintamu.
Sahabat..
Mana yang engkau dahulukan…itu pilihanmu.
Raihlah cintanya..utamakan.
Cicipi nikmat dunia….,sekadar rasakan.
Astaghfirullah…
“wahai allah…,peluklah jiwa yang rindu belaian cinta mu.
Wahai allah…,lepaskan dahaga yang haus kinikmatamu..
Amin..

rindu..

rindu...
nikmat allah..
saya tak punya rindu,
kehilangan satu nikmat allah.
rindu kepada allah,
sebesar-besar nikmat allah,..
rindu kepada makhluk allah,
membuka jalan mendekati allah,
rindu bertahun...
lebih baik daripada bosan sehari..
ya allah..
kurniakan lah aku rindu padamu,
agar aku hanya mengharap petemuan dengan mu.