
Dalam kehidupan seharian, kekuatan iman yang bertapak dalam jiwa sanubari muslim ada pasang surutnya atau naik turunnya. Alam semesta ciptaan Ilahi terhampar pelbagai cabaran dan ujian di sepanjang perjalanan hidup manusia.
Cabaran dan ujian sama ada kenikmatan atau kesusahan semua mempunyai kaitan amat rapat dengan iman yang bertakhta dalam jiwa Muslim.
Jika Muslim itu kuat imannya kepada Allah, maka segala cabaran dan ujian yang dihadapinya adalah satu gilapan terhadap imannya agar bertambah kukuh dan mantap.... See more
Sebaliknya jika dia lemah imannya, maka segala cabaran dan ujian yang diharungi itu hanya mengakibatkan dia makin jauh daripada rahmat Ilahi.
Oleh itu, Rasulullah selalu memperingatkan umatnya melalui sabdanya yang bermaksud: �Perbaharuilah iman kamu sekalian. Sahabat bertanya: Bagaimanakah caranya memperbaharui iman kami? Ujar baginda: Hendaklah kamu memperbanyakkan ucapan La Ilaha illallah.� (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam satu hadis lain, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: �Iman seseorang boleh menjadi usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya sehelai pakaian. Maka hendaklah kamu memohon ke hadrat Allah supaya memperbaharui iman kamu yang ada dalam hatimu. �(Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)
Jelas daripada sabda Rasulullah betapa pentingnya tajdid iman dilakukan setiap Muslim agar iman dapat digilap dan diperkukuhkan supaya menjadi lebih utuh dan jitu. Tajdid secara etimologinya merujuk kepada memperbaharui, menilai, membangkitkan dan menghidupkan.
Tajdid dengan makna ini perlu dilakukan untuk menilai kembali kefahaman dan pengamalan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.
Kefahaman dan pengamalan umat Islam boleh jadi terpesong atau menyimpang daripada landasan Islam sehingga ia menuntut tajdid ke arah kefahaman sebenar.
Dalam kata lain, tajdid dalam kerangka pengertian pertama sering kali difahami oleh kebanyakan umat Islam sebagai islah atau pemurniaan Islam daripada segala jenis khurafat dan bidaah.
Tajdid lebih menjurus ke arah menghidupkan kembali roh ajaran Islam dalam setiap aspek kehidpan umat Islam sejagat.
No comments:
Post a Comment